live up my life.






that girl above have been well feed, take care of, and really live up her life right now despite a few bump here and there.=).. heheh.. so, dont ruin it.



sincerely,

girlwhogettingbulateachday
Continue >>>

private investigator kesan suami curang


berkenaan tajuk diatas, aku nak merumuskan bahawasanya aku sangat lah tak menyetujui gunakan penyiasat persendirian untuk mengesan suami curang di tempat keja. tapi sebabkan terlalu curiga pergerakan suami seorang perempuan tu akhirnya akan ambik penyiasat persendirian untuk mengakui bahawa si suami curang dengan sekian sekian pompuan yang selalu si isteri ni panggil betina ja.tak panggil perempuan dah. betoi dak?

tajuk ni aku nak ulas sebab aku ada sembang sembang dengan aku punya manager yang berbangsa india topik tentang "trust" atau dalam bahasa ibundanya kepercayaan. kepercayaan ni penting dalam sesebuah hubungan, tapi adakalanya kepercayaan ni makin lama makin berkurang berkadar terus dengan masa. nak cakap hubungan tu makin lama makin hambar pun ye jugak. so di sini lah tugas penyiasat persendirian akan diupah untuk tau punca napa suami hambar.

pastu manager aku ni pon cakap la." tau napa benda ni jadi? sebab apa? sebab perempuan tu jugak. kenapa lepas kawen badan tak maintain? tempat tidur ada ke jaga? (maksudnya berhubungan).kalo si isteri ni tip top punya layanan, baik, badan maintain, ada ke laki tu sanggup nak cari lain? laki ni ada ati maaa, kalo suma bini bagi 1st class punya layanan,kitoworang ada ati perut jugak, mesti tak cari lain punya la, sebab kat rumah kitoworang dah ada yang tak boleh dapat kat luar." tu penerangan dia. dia india btw.

mula mula aku macam erkk, pompuan jugak yang dipersalahkan. laki ni semua ja betoi.. tapi macam terbukak mata luas luas jugak la..aku segan nak dengaq sebenaqnya sebab aku ni pompuan yang maseh belum berkahwen dan jugak masih tiada calon..( ada ayat tersirat di situ ye kawan kawan.kah kah kah).. tapi dia cakap dengaq jala, nanti kena tau jugak masa pas kawen nanti. dia cakap ada pepatah india cakap yang paling atas sekali lepas kawen ialah " layan suami macam pelacur high class punya." perghhh macam penah dengaq ayat ni ye tawan2.. huhu. tapi ni la yang paling atas. aku dengaq berasap ja telinga.

penerangan dia sebab cakap camni ialah.. " kalo pelacur high class ni, dia punya layanan high class jugak. engkoworang pikir sendiri la, dah besar kan.. kalo tak dapat, mesti cari kat luar maa..kalo bini tip top punya mesti tak cari lain la.senyium sorang2 la.." aku dah stat malas nak dengaq dah..aku buat buat korek jerawat time ni.. pastu aku ubah topik, dah tu no 2 apanya? dia cakap no 2, saling faham memahami la.. mesti ada give and take. bukan give aja. orang yang give tu akan start fed up dan yang take tu akan naik lemak.

ni sebenarnya entry peringatan tuk aku sama. dari lelaki india tentang perkahwinan. yang aku rasa macam eyek! tapi sebenarnya memang bertepatan pon. jangan ambik mudah, lepas kawen, "eh, aku takpayah la lawa lawa dah depan suami, dia dah dapat aku, aku dah laku! yeay!" oh tak buleh tak buleh. takkan la si lelaki ni asik nak tengok bininya asik dengan bedak sejuk ja 24 jam, nak jugak tengok bini nya bergincu sekali sekala walaupun bukan setiap ari. ye dak? ni g keja ja lawa pon. kat umah? kat tempat keja, laki orang yang tengok kita, bukan laki kita.. (cam tak sesuai guna kita, guna ampa la.)  aku rasa baik aku setop kat sini sebab aku maseh bujang dan hanya berkongsi atas apa yang aku dapat.. part jaga suami pas kawen aku stuju. ada part yang aku tak setuju.

part yang aku tak setuju ialah, apasal salah pompuan ja nampak, salah laki kat mana? jaga hubungan, tegur menegur bini kan boleh, saling tegor menegur kan ok. tak salah pon laki nak tegoq bini dalam bab pemakaian. tak salah pon. dia sendiri akhirnya cakap, kalo pompuan dah bagi suma tu, still cari lain jugak, campak la laki tu masuk neraka bakar rangup rangup. dia la kata. aku gelak aja.

ok la. aku nak sambung menaip tesis. atau buleh cuba pakai kebaya dalam umah berserta wedges seperti gambaq di bawah. macam zaman ibu mertuaku, sanggul cucuk bunga.

cuma bunga aku di kain jela.

okbai...
Continue >>>

skin problem- jewawat


masalah jerawat aku makin melampau-lampau plak sejak aku guna produk tia amelia yang tak sampai seminggu. aku just beli sabun pencuci muka tia amelia tu tapi tak masa mula2 pakai muka aku rasa tegang macam letak gam kat muka tu..pastu pedih2. pergh...aku ingat tegang tu just nak bagi ilang kedut2 muka..mana tau bangun2 tidoq muka secerah dan setegang lisa sughihani..

pastu dalam masa seminggu sahaja muka aku jadik camni..mai nak tunjuk kat ampa..ampa pasghah ja la k.. nindiaaaa...


tudiaaaaaaaaaaaa....penuh pp belah kanan weyh... punya la aku tak redha...aku stop pas seminggu aku pakai..


lani aku terpaksa rawat muka aku ngan air wudhu' (eceyh!) dan bersama2 dengan safi rania gold punya set..buleh la. dia bagi kering jerawat cuma part parut tu yang lambat sket nak ilang..yg tu aku rawat ngan pati aprikot..disebabkan pati aprikot kemain mahai gila..aku jimat2..aku pakai skali ngan bio oil... sedih kan naseb orang nak cantik tapi takdak duit ni..

lani muka tadak la ok mana..parut tu ada. tapi kan jerawat macam tak tumbuh dah la..aku rasa aku memang tak serasi langsung dengan tia amelia nih...pedih, tegang suma dok ada..

ni baru tatsat (sebentar tadi) aku ambik gambaq ni..

ok tipu...ni bulan lepas punya gambaq. gambaq meneman kawan aku p kenduri kawen..anak tu comey di dakapan aku yang hangat...wuuuu..come to aunty bebeh.. merenyeh sakan..

ok ampa ada petua dak nak bagi ilang cepat parut ni..aku meluat dah dia dok menempek kat muka aku..aku nak muka suci murni cam lisa sughihani gakk..
Continue >>>

worries





if i quit worrying i think nobody will realize that.
Continue >>>

serabut


ada setengah part aku rahsiakan dari semua orang. termasuklah kawan-kawan rapat, keluarga, dan saudara mara. sebab tak semua benda kita boleh kongsi dengan semua orang. kadang kadang seseorang itu perlu ada kehidupan rahsia yang hanya dia sendiri ja tau. tu namanya misterious. haha. tapi ingat lah. tak semua benda orang yang kita mintak dia rahsiakan benda tersebut dia akan rahsiakan. mungkin dia akan bukak kalo ada something happen. so beringat.

ada certain benda kita boleh share. ada certain benda kita kena simpan rapat rapat. dan aku rasa semua orang ada part tersebut. aku ada. banyak benda jugak orang sekeliling tatau pasal aku. kadang kadang aku suka hilang tanpa ada orang tau aku p mana. off phone. g tempat orang tatau aku g mana. ntah napa aku rasa tenang camtu.

menjadi diri sendiri senang sebenarnya tapi ramai yang pakai topeng jadik diri orang lain. itu benda biasa. sebab   dunia ni banyak orang hipokrit. aku rasa ramai yang jadik hipokrit untuk jaga hati sesetengah pihak untuk jaga kepentingan diri sendiri jugak. beb, kita hidup di zaman orang pijak orang untuk dapatkan apa yang dia nak. so kita kena pandai hidup. aku cakap camni bukan aku 'halalkan' tikam belakang orang. takk sama sekali, cuma menjadi penjaga hati supaya kita tidak ditikam. tapi ramai ja tikam tikam ni. eh saked pulak. geli uolls cakap saked2 ni..hahah

lagi satu. serabut kepala hotak pikir something yang belum tentu. pikir tutup itu, pikir tutup ini. pikir banyak hal yang mungkin jadik modal apa yang akan jadik masa depan. dan untuk mengakhiri post ni. macam biasa. kena serikan dengan muka aku. kah kah kah..

masa ni kurus sket. haha..sebab tak dak selera makan 3 minggu woi.lani dah ada balik. naik balik.hampeh. ok tadak kena mengena ngan entry pon.hahah


ok ni kan nak tunjuk pp polkadot aku. maksudnya jerawat aku ada sebelah pp kanan ja.pp kiri clear. tak penah aku ada jerawat banyak banyak camni sekali. macam macam aku pakai nak ilangkan tapi macam tak menjadik ja. eh ni kena buat entry lain ni.esok la aku buat. kbai.
Continue >>>

randoms yang mengada.


lama sangat rasanya tak updaye blog ni...sebab tak ada benda nak cita..maklumlah orang baru masuk sem...bz dengan macam macam...haha..bz la sangat kan?padahal kelas seminggu sekali ja pon..ari yang takdak kelas aku p keja la..cari duit sket..apa nak buat dok kl ni banyak taboq duit kat tempat yang tak perlu..sedih noks dok kl nak kuaq suma kena bawak keluaq duit..wuuu...

so aku pon tatau apa motip aku update ni..mungkin nak gtau kat seluruh dunia aku masih lagi bernyawa walaupun kemain diasak dengan macam2 dugaan hidup yang sat2 ja ada dalam masa yang sama. yang kadang2 sampai sesak napaih gakla nak menyawa.

disini aku mengucapkan tahniah kat kakak aku yang baru mengandung..aku syak dia bunting pelamin..hek hek hek..aku cam nak tergelak plak bila dia segan nak gtau dia mengandung kat mak abah aku..takut mak abah cakap amboiii cepatnya lekat.kah kah kah..ntah pa2..rezeki dah mai kan..apa lagi..ambik jala..mohon kali ni heroin..hero dah ramai ni..jenuh tudung tak terletak dengan eloknya sebab hero hero suka menyentai tudung aku buat tali tarzan...maklang sedih tau anak2 sedara buat maklang camni..maklang gomol kang aa..huhu.

ok la..sebab aku mempunyai kegedikan yang amat tinggi pada waktu petang ni..dan RAJIN. aku nak share la gambaq sepanjang ketiadaan aku ni..










dah macam melampau lak upload banyak2..k la nak mandi.
Continue >>>

this is my promise.


u will never find someone like me. as good as me.

berlagak ayat tu kan? but yes. this is my promise.

Continue >>>

di sebalik kekecewaan.


i have something to be happy. at least.

here you go.



tahniah buat kakak aku, dan selamat datang ke dalam keluarga kami abang ipar.


dan aku sebagai tukang apit. bleh tahan la. kah kah kah. kbai.
Continue >>>

dipermainkan


kau tahu bila kau dipermainkan. kau akan hilang rasa nak masuk kembali ke dalam alam yang kununnya indah dengan ayat ayat romantik. kononnya lah. tapi sebenarnya itu bullshit semata mata. bullshit tahu?

and aku dah ilang rasa semua pasal suma ni.. i have no heart to give to others, i have none. nothing to give. if aku rasa aku nak masuk dalam relationship biarlah relationship tu kekal. means that i dun want to be in relationship. i want to be engaged or married.

sebenarnya, i lost the battle. i am a LOSER. for god sake, i am a LOSER!

i'm sorry for posting angry post. i am angry. for the things that i've done. i had give been betrayed.


the feeling of been betrayed is so sweet. sweet la sangat. so to you, may god repay wat u have done to me. and i wont forgive yu until the end of my life. seteruk itu. ya seteruk itu kau permainkan aku.








mamu, u are with the wrong girl. because u are bad guy, and she's a good girl. u dont deserve her. u deserve bitch. tenkiu.
Continue >>>

13 dec 2011


"hati saya terlalu mudah untuk awak, itu penyebab saya tak boleh jumpa awak. saya tak kuat.."

- someone-


mungkin bukan jodoh kita. sabar lah..ada pengganti buat aku dan kau nanti. sabar lah. saya pun tak kuat nak jumpa awak. kalo saya jumpa mungkin saya akan pegang awak, dan takkan lepas sampai bila bila. mungkin sampai awak mati.

dan mengalah untuk itu sangat berat. melepaskan harapan yang sebenarnya dipegang dengan kuat dan kemudian sedikit demi sedikit ia terlerai. sebab mengejar masa depan katanya. tapi saya tau awak dah temui seorang perempuan yang sangat baik buat diri awak. dan malangnya bukan saya. dan saya ini masih lagi seorang perempuan yang malang dalam cinta.

dan untuk awak. banyak harapan dah musnah. dan saya doakan semoga kita takkan bertemu sebab saya jugak seperti awak yang tak kuat nak tatap awak. dan jauh dalam ati saya............


-end-
Continue >>>

diam



bila semua aku buat dicari kesalahannya..

maka, aku DIAM.

kau lebih baik kan?

dan sesungguhnya aku benci kau. =)


dan apa yang kau buat kat aku. aku diamkan. dan sekarang apa yang kau nak, kau buat sendiri. dan aku bukan pencacai kau lagi. =)

aku nak bebas. dan kau, aku arap boleh berambus. tapi seluruh idup aku, aku akan ada kaitan ngan kau. kau dan kau.

dan mulai sekarang otak aku ligat satu persatu pikir jalan penyelesaian. dan kau salah seorang punca masalah.


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me
Continue >>>

fotoraduan- jomblo.


Ladynoe ada buat satu peraduan dan aku nak masuk la..memang sesuai dengan keadaan aku sekarang. jomblo. cari maksud jomblo sendiri.



gambar yang aku pertaruhkan adalah seperti di bawah.



jomblo memang kena tepat dengan kehidupan aku sekarang. dengan kehilangan orang yang tersayang. tapi tu la idup kan?


so, harap kehidupan jomblo akan berakhir dalam masa terdekat sebab dah lama sangat rasa benda ni.

ok tu ja. daaa..
Continue >>>

kehilangan kakak II


baru ada kekuatan nak menulis pasal ni..atau lebih mudah menyambung kisah ni kembali dengan harapan takkan nanges masa menulis ni..atau dengan kata yang mudah..aku tak sesedih masa memula tulis pasal ni... how to start back?

sepanjang perjalanan aku pakai shades even dah gelap jalan tu sebab mata aku terlalu bengkak dan aku malu nak tunjuk. segan dengan adik aku sebenarnya aku nanges teruk sangat. aku pon tamau dia terganggu dengar aku dan tengok aku nanges. laki takkan tunjuk air mata dia..cuma sepanjang perjalanan dia senyap kecuali kawan dia tepon napa tak jadi jumpa. dan dengan nada sangat perlahan dia jawab " kakak aku meninggal...." then offkan phone.

aku tak off sebab sepanjang perjalanan boleh dikatakan setiap minit adik beradik aku kol, sedara kol nak make sure aku sampai sebelum kakak aku dikebumikan. dan setiap saat aku doa aku sempat sampai sebelum kakak aku dikafankan. doa aku termakbul.

sedikit info tentang kakak aku:

kakak aku dilahirkan normal, dan pada umur 3 or 4 tahun dia jatuh buaian or tangga aku dah lupa dan otak dia cedera dan menyebabkan umur mentalnya terhenti pada umur 7 or 8 tahun macamtu. dia tak boleh nak pikir selogik umur kronologi dia. umur kronologi is umur mengikut tahun kita dilahirkan.means that kau dilahirkan 1987 so umur kau 24 tahun dan umur mental kau berkait rapat dengan umur.mungkin lebih matang dari umur and sort of. dan kakak aku umur mentalnya terhenti di situ. dan menjadikan dia OKU.

masa aku sampai kat rumah, masuk ikut dapor, dan tengok orang tengah mandikan kakak aku. terjelepuk kat situ. dan aku tak salam dengan sesapa pun. terus aku ke depan jumpa mak aku. mata dan berkaca gila dan aku tatau nak react macam mana time tu. mak aku just senyum nipis dan cakap dengan mak ngah aku " yang paling kuat mengusiklah yang nangis teruk". aku paling kuat mengusik kakak aku ni..kakak aku tak suka aku kalau aku balik umah sebab aku suka buat dia marah. maaf kakak. aku suka buat dia marah aku sebab aku jahat. aku suka bila dia marah, dia akan juih2 kan mulut dan cakap "dayah toek, dayah toek." dan aku gelak jahat dalam ati. Ya Allah jahatnya aku..

aku bangun ke dapur semula, dan tengok orang mandikan kakak aku. badan arwah kakak tinggal kulit dan tulang ja.kurus sangat. ( adoi, ternangis jugak. teringatnya aku...tahan2..abeskan entry ni). lepas tu, aku terduduk, aku menangis macam tiada esok bagi aku. aku sungguh2 nanges sebab aku dah tadak kakak nak mengusik. tadak kakak yang aku tido sebilik. tiada peneman aku dalam bilik. kami kongsi bilik berdua. teringat bunyi ketap gigi dia masa tidoq. kakak, i miss u so much.

dan ada yang datang tenangkan aku tapi aku takle nak berenti nanges. masa arwah dikafankan. masa nak tutup semuanya. aku sapu air mata aku, tahan. dan cium arwah kakak. sejuknya dan kerasnya. tulang semata. dan terdengar kakak aku lagi satu cakap " kesian kat kak linda, tahan air mata." aku ternanges tanpa sedar rupanya. aku rasa aku dah tahan secukupnya tapi still takle nak tahan masa cium. aku tak sempat nak mintak maaf dengan dia. terkilannya aku..aku tak sempat jumpa masa raya sebab aku sibuk beraya dengan kawan-kawan. dan akhirnya, aku jumpa balik kakak aku time nyawa dia dah diambil. bodohnya aku YA Allah. maafkan aku ya kak linda?

lepas tu, kakak dibawa ke kubur. aku nanges tak henti henti. kakak aku lagi sorang mintak aku temankan dia ke kubur. kami bertiga sekali dengan adik perempuan aku ke kubur. kami tengok dari jauh kakak dikebumikan. kami pandang dari tepi. biar semuanya selamat dulu. kakak aku lagi sorang ni sangat terkilan. sebab masa tengah hari dia marah kak linda sebab lambat. dia nak bawak ke klinik sebab kak linda dah seminggu makan dan muntah. mungkin dah habit kakak aku yang ni suka tinggi suara. kak linda masuk kereta dan lambai lambai kat mak aku. mak aku sebenarnya mak tiri kepada kakak-kakak aku. kak linda nak balik umah nenek sebelah mak kandung dia. btw mak kandung dia dah meninggal semasa lahirkan kakak aku yang bongsu.

dan masa tengah hari tu, kak own aku bawak kak linda ke klinik dan doktor check semua ok. just bagi vitamin. lepas tu. balik umah nenek, dia baring kejap. dia mula lemah. kakak aku masak nasik dan kejutkan dia nak suapkan nasik dan kak aku tak bangun dan terus senyap tanpa ada bunyi nafas dan gerakan kat dada tanda dia dah pergi. kak own aku gelabah dan terus panggil ambulan dan dah terlambat waktu tu. diorang cakap kak linda dah tadak. dia ralat sangat sebab dia marah kak linda.



baju dia pakai pagi tu masih elok ada kat tepi katil bilik aku. aku tak sampai ati nak ubah..masih kat tempat tu masa aku pulang ke kl.



tunggu sampai talkin abis dibacakan. dan bila dah semuanya selamat. kami ke kubur. dan hadiahkan al -Fatehah. ditemani abang aku. dan tunggu sampai semuanya redha dengan pemergian kakak aku. abah dan pakngah tunggu kami di luar kubur. dan kakak aku nanges mengogoi sedih sebab kubur kak linda jauh dari kubur arwah mak kandungnya. jauh sikit ke hujung, kubur mak kandungnya di tengah tengah. abah aku tak boleh nak sembunyikan perasaan sedih dia, nampak abah aku lap air mata dengan hujung baju melayu. 2 perempuan yang dia sayang, dah pergi..

aku? balik rumah, baring dan bila pejam mata, satu-satu benda muncul kat mata. dan akhirnya nanges sampai basah bantal. kak own kat sebelah ikut sama nanges dan kami berdua bangun dengan mata yang sangat bengkak dan kepala rasa macam nak pecah. pening sebab terlampau banyak menangis.



dan satu satu ingatan aku kat kakak aku terbayang kat mata waktu ni. dan air mata masih mengalir, dan kakak, al- Fatehah. kami merinduimu. tenanglah di sana. moga syurga tempatmu kakak.

bila difikirkan balik, Allah ambik awal-awal kakak aku mungkin tamau kakak aku menderita. dia tinggal kulit dan tulang, jari jari dia tak boleh di bengkokkan, rambut makin gugur. apa yang dia makan senang ja keluar, tak tinggal langsung dalam badan. mungkin di sana dia lagi tenang. lagi bahagia.. kita tatau masa bila kita akan diambil. dan semasa nyawa kakak aku diambil, tak sedar pon. dalam tidur. tak perasan dia dah pergi walaupun dia sebelah kakak aku lagi sorang masa tu.


dan aku akhiri entry ni.. dengan air mata berjuraian dan berharap sesiapa yang membaca entry ni menghadiahkan al-Fatehah kepada kakak aku dan doakan syurga tempatnya. aminn ya rabbal alamin.
Continue >>>

kehilangan kakak~


pada waktu 2.30 petang, kakak pergi meninggalkan kami.


pada pukul 3. 15 petang semalam aku dapat tau disebabkan aku kerja. aku tak tengok henpon. dan banyak missed call panggilan kakak-kakak lain, abang, adik dan mak. aku masuk dalam stor nak telefon balik sebab rasa pelik napa banyak sangat panggilan dalam satu masa. aku dah mula rasa tak sedap ati. kebetulan masa aku nak ke stor buat panggilan. mak aku call dan terus cakap, kakak linda aku dah tadak.


tergamam sekejap.



selepas mak memutuskan panggilan. aku terduduk dan nanges sekuat hati. ya Allah dugaan apa pula engkau kurniakan ke atas aku.. tak baik merintih tapi nilah aku rasa waktu tu. maseh menggeletar tangan aku bila ingat balik masa tu. hurm. kawan-kawan sekerja aku suruh aku balik. lepas tepon bos, aku balik, tukar baju, dan terus balik. adik aku da menunggu aku di masjid belakang umah sewa aku.


menggeletar lagi tangan ni. aku sambung bila aku dah kuat skit. mintak diri.
Continue >>>

selamat ari raya uolls.


banyak benda woo jadik akhir akhir ni tapi banyak simpan dalam ati. dalam kepala sendiri. di sini, saya yaya aziz aka violet ungu ingin memohon sejuta kemaafan jika selama ni banyak buat ampa suma terasa ka apa ka..nak buat camna kita ni manusia biasa.

dan lagi sekali. aku nak tayang gambaq raya aku yang tak berapa nak raya sangat la..sebab jerawat mak datok punya besaq.hahahah..





nah muka minah kepoh...ensem kan..hahah..
gambaq len aku kongsi kalo aku rajin..hahah..



_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?a141f254ff6aeb2cc5205ec95fa4afbc
Continue >>>

haRapAn~

semoga ditemukan dengan penjaga hati. aminn...

Trafik jem ka?

 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010